Songs

Wednesday, 29 April 2015

Kisah Hati

Kisah Hati 2

"Tahniah! Awak diterima kerja di sini." Nasha mengucapkan syukur kepada Yang Maha Berkuasa kerana berjaya mendapat kerja di sebuah restoran makanan segera, Pizza Huts. Apa yang ada di fikirannya ialah dia akan berusaha untuk memulakan pengalaman untuk bekerja di samping berusaha untuk melupakan bekas kekasihnya yang bakal berkahwin.
    Nasha mengenakan kemeja hitam yang merupakan uniform kerjanya. Senyuman cuba diukir untuk menyorokkan kesedihan yang masih tersisa. 'Start a new day with a new life'. Itulah matlamatnya sekarang. Nasha melangkah masuk ke dalam restoran dengan penuh rasa janggal. Dalam hidupnya inilah pertama kali dia bekerja. Banyak mata yang memandang aneh terhadap dirinya namun dia cuba berlagak biasa. Matanya tercari-cari kelibat seseorang. Lisa! Nasha segera mendapatkan rakannya itu.  "Yeay! dapat jugak kita kerja sekali. Akhirnya aku ada geng." ujar Lisa dengan penuh teruja. "Nasha, hari ni awak belajar setting table dulu and belajar perkara yang asas dulu," pesan Encik Hairi. Nasha mengangguk faham.
To be continued....

No comments:

Post a Comment