Songs

Tuesday, 25 June 2013

Semanis Cinta Farloveja ---> Part 2

        SCF ---> Part 2        
     
     "Eh,Farliana! Far buat apa dekat sini?" Soal Irzam, sepupu kepada Farliana. "Abang Zam? Abang tinggal sini ke?"Soal Farliana tanpa menjawab soalan Irzam. Pemuda sombong tadi sama sekali tidak diendahkan. "Haah.Abang tinggal sini dengan dua orang kawan abang," maklum Irzam. "Yang ni namanya Jain.Seorang lagi namanya Razif," sambung Irzam lagi dengan memperkenalkan sahabatnya itu.Namun, Farliana tidak memberikan sebarang reaksi. "Far datang sini nak hantar pesanan 'cupcakes' ," maklum Farliana. "Cupcakes? Rasanya abang tak ada buat pesanan pun.Razif yang pesan kut.Sekejap ya, abang masuk dalam panggilkan Razif." Irzam masuk ke dalam rumah meninggalkan Farliana dan Jain di situ.
     Jain tersenyum sinis memandang Farliana. "Tukang hantar pesanan je?" Dengan nada sinis Jain berbicara. Farliana memandang Jain tidak puas hati.Hatinya kini ibarat udang merah yang sedang hangat dibakar di atas api yang membara.Wajahnya sudah memerah menahan amarah. "Kenapa? Tak puas hati dengan apa yang aku kata? Dasar perempuan gila, " kutuk Jain selamba. Terbuntang mata Farliana mendengar kata-kata itu.Akibat tidak dapat menahan amarahnya, Farliana menghadiahkan tumbukan yang kuat ke perut Jain membuatkan jejaka itu tersungkur menahan senak di perutnya. "Far! Jain! Apa dah jadi ni?" Tanya Irzam yang ternyata terkejut dengan apa yang berlaku. "Abang, Far nak balik dulu.Cakap kat kawan abang yang tak tahu budi bahasa ni supaya belajar bersopan.Pasal cupcakes , abang ambil je dulu.Nanti bayar je kat kedai Far terus.Assalamualaikum." Tanpa menantikan kata balas daripada Irzam, terus sahaja Farliana pergi dari situ.
      "Macam mana kau boleh kenal dengan Farliana?" Soal Irzam.Jain hanya menggelengkan kepala tanda tidak mahu diungkit kisah pertemuan mereka yang menyebalkan. "Perangai tak macam perempuan.Meluat aku tengok," luah Jain tidak puas hati. Irzam tersenyum hambar. "Far ada kisahnya sendiri,Jain. Kisah yang hanya dia sendiri boleh faham kenapa dia jadi macam tu."Jain memandang Irzam meminta penjelasan. "Maksud kau?"

Friday, 14 June 2013

Semanis Cinta FarLoveJa ---> Part 1

        Semanis Cinta Farloveja ----> Part 1

        Farliana mengesat peluh di dahi. Panas matahari membahang wajahnya yang putih kemerahan. Kepenatan menguasai diri. Farliana Zahra seorang gadis muda berusia 22 tahun. Mempunyai kedai kek miliknya sendiri dan merupakan pengurus di kedai tersebut. Namun, sikap  mandiri Farliana menjadikannya suka melakukan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh pekerja lain.Farliana juga sering mengambil tugas menghantar pesanan kek atau pastri yang dipesan terus ke rumah pelanggan.
       Farliana mengemaskan 'cap' yang dipakai olehnya.Dia keluar daripada kedai kek miliknya yang diberi nama "De'Armor Bakery".Dia membawa dua bungkusan cupcakes untuk dihantar ke rumah pelanggan.Kereta MYVI hadiah daripada arwah ayahnya dipandu menuju ke alamat yang ditulis pada resit pesanan.Semasa dalam perjalanan fikirannya melayang mengingati peristiwa yang menjengkelkan yang telah berlaku pada awal pagi itu sebelum dia sampai ke tempat kerjanya.Pada pagi itu, dia hampir sahaja menghentam sebuah kereta sport berwarna biru firus yang berhenti secara mengejut.Sesungguhnya dia tidak menyangka sama sekali bahawa insiden tersebut boleh berubah menjadi satu pertengkaran.
       Kini,Farliana tiba di hadapan sebuah banglo dua tingkat yang tersergam indah.Farliana keluar dari keretanya lalu mendekati pintu pagar utama banglo tersebut.Loceng ditekan beberapa kali.Farliana menantikan kedatangan tuan rumahdengan sabar.Tiba-tiba seorang pemuda datang membuka pintu pagar.Farliana melan liur.Matanya terbuntang luas.Begitu juga pemuda tersebut."Awak??" Serentak mereka bersuara."Apa awak buat dekat sini?" Soal Farliana.Ternyata pemuda tersebut ialah lelaki yang telah menyebabkan hampir berlakunya kemalangan pada awal pagi itu. "Patutnya saya yang tanya awak.Apa yang awak buat dekat sini?" Pemuda tersebut memandang sinis diri Farliana.Baru sahaja Farliana hendak membalas, keluar pula seorang lagi pemuda...

Thursday, 13 June 2013

My New Blog ^_^

       Hye.. My name is MiszzLurveCharms..Ini blog baru saya..Hope sesiapa yang terbaca blog ni dapat support saya sebagai seorang blogger yang baru nak biasakan diri dalam dunia blogger..Saya amat mengharapkan support datipada korang.. #peace no war ^_^