Songs

Sunday, 15 October 2017

Bukan Aku

Tak pernah aku meminta untuk bersua
Tak pernah aku pinta untuk jatuh cinta
Tapi siapa sangka. 
Perkenalan kita mewujudkan sejuta rasa
Terasa indah saat bahagia
Namun tak ku jangka ini hanya untuk seketika
Ternyata cintamu hanya untuk dia...

Kau datang meluah rasa
Tapi itu hanya sandiwara
Dan kini kusedar, 
Aku hanya pilihan
Bila kau tidak dipedulikan..

Sunday, 20 November 2016

Rasa

Mungkin kedengaran seperti aku bersikap kejam.
Kejam apabila mengharapkan dia berasa perit apabila ditinggalkan yang tersayang.
Namun apa yang ku harapkan itu adalah untuk dia sedar kesakitan yang insan lain rasai apabila dia bersikap sama.
Mungkin aku kelihatan seperti masih berharap.
Terus terang ku katakan, tidak semudah itu untuk melupakan.
Tetapi rasa itu sudah mati.
Lenyap ketika ku sedar diri hanya dipermain.
Aku berlagak tenang. Tersenyum pada yang sekeliling,
Namun, jauh di pelusuk hati yang paling dalam, tiada siapa yang memahami..
Biarlah aku berkata-kata di dalam dunia ku sendiri.
Agar aku lebih tenang mempersiapkan diri.

Monday, 10 October 2016

Luahan

Kau tak pernah mencuba mengenali.
Yang kau tahu, 
hanya datang dan pergi.
Datang membawa cinta dan akhirnya pergi dengan meninggalkan luka yang engkau tidak tahu bagaimana perihnya rasa akibat terluka.

Kau bereaksi seolah-olah tiada apa yang terjadi.
Seolah-olah itu cuma mimpi.
Sedangkan yang memulakan mimpi itu adalah dirimu sendiri.
Membawa insan lain ke dalam mimpimu dan akhirnya kau hapuskan mimpi itu begitu sahaja.

Mungkin aku akan kedengaran kejam jika aku mendoakan hal yang sama terjadi pada dirimu.
Tetapi ini mungkin yan terbaik agar kau tahu bagaimana rasa sakit itu.
Jujur aku lelah.
Lelah berpura-pura di hadapan semua orang menunjukkan aku gembira.
Sedangkan saat sendiri aku hanya mampu menangis. 
Membuang rasa perih yang bersarang di hati. 

Monday, 19 September 2016

Sepasang Sayap

Berikan aku sepasang sayap agar ku bisa terbang bebas.
Berikan aku sepasang sayap agar ku bisa menjelajah langit biru.
Berikan aku sepasang sayap agar aku dapat melihat betapa kerdilnya dunia ini dari atas.
Dengan sepasang sayap itu, izinkan aku untuk terbang menembus terus ke hati mu.. agar aku dapat mengetahui apa sebenarnya yang kau mahu..
Mencintaimu bukan suatu kesilapan. 
Untuk membencimu hanyalah sebuah kehancuran....

Saturday, 17 September 2016

THE CHANCE

Aku sering bertanya..
Apakah peluang itu masih ada?
Apakah aku masih layak mendapat peluang itu?
Jika seribu pengorbanan diperlukan, aku rela..
Hanya itu impian dicita..
Tak pernah berpaling walau sedikit..
In shaa Allah..
DIA yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Thursday, 15 September 2016

Hujan

Ku lihat langit hari ini
Mendung dek awan kelabu yang menghalang terangnya sinar mentari.
Awan kelabu yang berat..
Membawa kumpulan titisan air yang akan dilepaskan ke bumi bila tiba saatnya..
Dan bila tiba saat itu, air hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi.
Ketika itu lah aku melangkah.. 
Berjalan di bawah derasnya titisan hujan..
Sambil ku biarkan mutiara jernih turut sama meluncur pergi jatuh ke bumi..
Kerana saat itu ku tahu tiada siapa yang mengetahui..
Ku berjalan sambil menikmati indahnya irama. 
Indahnya mendengar bunyi titisan hujan yang turun ibarat melodi.
Seolah-olah aku mendengar alat muzik yang sedang dimainkan dengan penuh irama..
Membiarkan diri ku leka di bawah deras hujan yang mungkin seketika.
Kerana ku tahu..
Pelangi itu bakal tiba!

Saturday, 10 September 2016

BENAR

Benar aku lemah.
Benar aku pengecut.
Benar aku cengeng.
Benar aku menjengkelkan.
Tapi aku sedang berusaha..
Berusaha untuk menjadi seorang yang
Lebih kuat
Lebih berani
Lebih cekal
Lebih menyenangkan..
Agar aku diterima dengan seikhlas atas siapa aku seadanya....
Berikan aku peluang untuk membuktikan kebolehan diri aku yang sebenar.
Sokonglah diriku. Bukan malah merendahkan..
Agar aku lebih teguh menghadapi ujian di atas muka bumi ini...