Songs

Monday, 25 November 2013

~~~RINDU~~~

RINDU....satu perasaan yg menyeksakan.... tambah pula jika org tu x tau bahawa kita rindukan dia.... setiap hari kita usaha untuk lupakan dia... tapi semakin kita cuba lupakan dia semakin kuat rasa rindu tersebut..Kadang2 pelik juga.. Kenapa mesti wujudnya rasa rindu??
          Ada seorang gadis muda yg menyukai seorang jejaka.. Pada pandangan kebanyakan orang mungkin jejaka tersebut tidaklah setampan mana..namun sikapnya yg unik membuatkan si gadis mula menyukai jejaka tersebut dlm diam..padahal pada awalnya dia amat anti terhadap jejaka itu..
           Si gadis terus menyimpan rasa sehingga pada suatu hari jejaka tersebut pergi tanpa sempat si gadis meluahkan rasa hati..Kini yang tinggal hanya rasa kesal kerana tidak meluahkan perasaannya dan rasa rindu yang teramat...Masihkah ada peluang untuk si gadis berjumpa lagi dengan jejaka tersebut??

Friday, 22 November 2013

Semanis Cinta Farloveja ---> Part 4

   SCF  ---> Part 4

          Jain memilih untuk memakai jeans hitam dipadankan dengan kemeja lengan panjang berwarna biru laut. Manakala Farliana memakai blaus berwarna putih dipadankan dengan seluar jeans hitam. Rambutnya diikat kemas. Bibirnya dioles sedikit pelembab bibir tanpa warna. Jain menunggang motosikal berkuasa tinggi miliknyamenuju ke D'Amor Bakery. Dari jauh kelihatan seorang gadis yang kelihatan seperti menantikan seseorang. Jain tersenyum sendiri. Motosikalnya diberhentikan betul-betul di hadapan Farliana. Farliana yang masih tidak menyedari kehadiran jejaki tersebut membuat tidak peduli.

          Jain membuka helmet full face yang dipakai olehnya. "Hai, sorry late. Lama tunggu?" Sapa Jain yang sedikit mengejutkan Farliana. "Hah? Err.. Taklah. Baru je sampai," balas Farliana. "Jon la kita gerak sekarang." Farliana tercengang. Naik motor? Biar betul?