Songs

Monday, 25 November 2013

~~~RINDU~~~

RINDU....satu perasaan yg menyeksakan.... tambah pula jika org tu x tau bahawa kita rindukan dia.... setiap hari kita usaha untuk lupakan dia... tapi semakin kita cuba lupakan dia semakin kuat rasa rindu tersebut..Kadang2 pelik juga.. Kenapa mesti wujudnya rasa rindu??
          Ada seorang gadis muda yg menyukai seorang jejaka.. Pada pandangan kebanyakan orang mungkin jejaka tersebut tidaklah setampan mana..namun sikapnya yg unik membuatkan si gadis mula menyukai jejaka tersebut dlm diam..padahal pada awalnya dia amat anti terhadap jejaka itu..
           Si gadis terus menyimpan rasa sehingga pada suatu hari jejaka tersebut pergi tanpa sempat si gadis meluahkan rasa hati..Kini yang tinggal hanya rasa kesal kerana tidak meluahkan perasaannya dan rasa rindu yang teramat...Masihkah ada peluang untuk si gadis berjumpa lagi dengan jejaka tersebut??

Friday, 22 November 2013

Semanis Cinta Farloveja ---> Part 4

   SCF  ---> Part 4

          Jain memilih untuk memakai jeans hitam dipadankan dengan kemeja lengan panjang berwarna biru laut. Manakala Farliana memakai blaus berwarna putih dipadankan dengan seluar jeans hitam. Rambutnya diikat kemas. Bibirnya dioles sedikit pelembab bibir tanpa warna. Jain menunggang motosikal berkuasa tinggi miliknyamenuju ke D'Amor Bakery. Dari jauh kelihatan seorang gadis yang kelihatan seperti menantikan seseorang. Jain tersenyum sendiri. Motosikalnya diberhentikan betul-betul di hadapan Farliana. Farliana yang masih tidak menyedari kehadiran jejaki tersebut membuat tidak peduli.

          Jain membuka helmet full face yang dipakai olehnya. "Hai, sorry late. Lama tunggu?" Sapa Jain yang sedikit mengejutkan Farliana. "Hah? Err.. Taklah. Baru je sampai," balas Farliana. "Jon la kita gerak sekarang." Farliana tercengang. Naik motor? Biar betul?

Monday, 22 July 2013

Semanis Cinta Farloveja ---> Part 3

                   SCF ---> Part 3


          Irzam mengeluh perlahan. "Dia seorang yang tegar Jain. Dia berusaha untuk protect mama dan kakak dia. Ayah dia dah lama meninggal. Mama Farliana ada bagitahu aku yang ayah Far pesan supaya Far jaga mama dan kakak dia sebab ayah Far tahu yang Far ni seorang yang tabah. Sejak dia pegang amanat ayah dia, dia dah berubah. Dulu dia lembut sangat.Tapi sekarang dah lain.Dia jadi seorang gadis yang bersifat kasar walaupun pemakaian masih lagi feminin." Jain tersentak mendengar kisah Farliana. "Kau ada phone number dia? Aku nak minta maaf lah." "Ada. Jap aku ambil phone aku." Selesai mendapatkan telefon bimbit yang tertinggal di kamar, Irzam memberikan nombor telefon bimbit Farliana.

           Farliana menghabiskan kerja-kerja akhirnya pada hari itu. Jam sudah menunjukkan pukul 10.35 malam.Setelah memastikan semua suis telah dimatikan dan pintu telah dikunci, Farliana menutup kedainya. Dia menuju ke tempat parkir keretanya.Seketika telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej masuk.Farliana membaca mesej tersebut.

     "Salam..sorry pasal pagi & ptg tadi --> J "

             Farliana tersentak setelah mambaca mesej tersebut. J? Hanya seorang J yang dia kenal. Betulkah itu dia?  Farliana membalas mesej tersebut. Jain yang sedang menanti balasan daripada Farliana tersenyum tatkala menerima balasan daripada gadis itu.

            "Ini Jain ke? mn dpt no.??"
     "ye ni sya, Jain. sya minta no. awk dr         irzam. awk mrh ke?"
     "x lah. nk tahu je..ada apa msj sya?"
     "sya nak minta maaf psl tadi"
     "oh..x apa.. dh dimaafkan..  =D "
     "thanks.. sabtu ni free?"
     "free kot. knp?"
     "jom kluar jln2? sya belanja semua"
     "erm.. okey..sya tunggu awk dkt D'Armor         Bakery nnt"
     "okey :) "

            Jain tersenyum gembira.Hatinya tidak sabar menanti kehadiran hari Sabtu. "Hoi! Senyum sorang-sorang!" sergah Irzam.Jain tergolek jatuh dari sofa.BB digenggam erat olehnya. "Aku nak keluar date Sabtu ni." maklum Jain sambil tersenyum-senyum. "Hah?! Date dengan siapa? Sejak bila kau couple ni?Setahu aku kau dah break off lama dah dengan Diana." Jain menjeling tajam ke arah Irzam."Bukan minah tu la.Dia dah tak ada apa-apa makna bagi aku. Aku nak keluar dengan Farliana." Irzam tercengang. "Farliana? Farliana sepupu aku?" Jain mengangguk laju. "Hantu punya kawan!" Irzam menunjal kepala Jain. Irzam ketawa sendiri lalu bingkas bangun untuk ke bilik.

Tuesday, 25 June 2013

Semanis Cinta Farloveja ---> Part 2

        SCF ---> Part 2        
     
     "Eh,Farliana! Far buat apa dekat sini?" Soal Irzam, sepupu kepada Farliana. "Abang Zam? Abang tinggal sini ke?"Soal Farliana tanpa menjawab soalan Irzam. Pemuda sombong tadi sama sekali tidak diendahkan. "Haah.Abang tinggal sini dengan dua orang kawan abang," maklum Irzam. "Yang ni namanya Jain.Seorang lagi namanya Razif," sambung Irzam lagi dengan memperkenalkan sahabatnya itu.Namun, Farliana tidak memberikan sebarang reaksi. "Far datang sini nak hantar pesanan 'cupcakes' ," maklum Farliana. "Cupcakes? Rasanya abang tak ada buat pesanan pun.Razif yang pesan kut.Sekejap ya, abang masuk dalam panggilkan Razif." Irzam masuk ke dalam rumah meninggalkan Farliana dan Jain di situ.
     Jain tersenyum sinis memandang Farliana. "Tukang hantar pesanan je?" Dengan nada sinis Jain berbicara. Farliana memandang Jain tidak puas hati.Hatinya kini ibarat udang merah yang sedang hangat dibakar di atas api yang membara.Wajahnya sudah memerah menahan amarah. "Kenapa? Tak puas hati dengan apa yang aku kata? Dasar perempuan gila, " kutuk Jain selamba. Terbuntang mata Farliana mendengar kata-kata itu.Akibat tidak dapat menahan amarahnya, Farliana menghadiahkan tumbukan yang kuat ke perut Jain membuatkan jejaka itu tersungkur menahan senak di perutnya. "Far! Jain! Apa dah jadi ni?" Tanya Irzam yang ternyata terkejut dengan apa yang berlaku. "Abang, Far nak balik dulu.Cakap kat kawan abang yang tak tahu budi bahasa ni supaya belajar bersopan.Pasal cupcakes , abang ambil je dulu.Nanti bayar je kat kedai Far terus.Assalamualaikum." Tanpa menantikan kata balas daripada Irzam, terus sahaja Farliana pergi dari situ.
      "Macam mana kau boleh kenal dengan Farliana?" Soal Irzam.Jain hanya menggelengkan kepala tanda tidak mahu diungkit kisah pertemuan mereka yang menyebalkan. "Perangai tak macam perempuan.Meluat aku tengok," luah Jain tidak puas hati. Irzam tersenyum hambar. "Far ada kisahnya sendiri,Jain. Kisah yang hanya dia sendiri boleh faham kenapa dia jadi macam tu."Jain memandang Irzam meminta penjelasan. "Maksud kau?"

Friday, 14 June 2013

Semanis Cinta FarLoveJa ---> Part 1

        Semanis Cinta Farloveja ----> Part 1

        Farliana mengesat peluh di dahi. Panas matahari membahang wajahnya yang putih kemerahan. Kepenatan menguasai diri. Farliana Zahra seorang gadis muda berusia 22 tahun. Mempunyai kedai kek miliknya sendiri dan merupakan pengurus di kedai tersebut. Namun, sikap  mandiri Farliana menjadikannya suka melakukan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh pekerja lain.Farliana juga sering mengambil tugas menghantar pesanan kek atau pastri yang dipesan terus ke rumah pelanggan.
       Farliana mengemaskan 'cap' yang dipakai olehnya.Dia keluar daripada kedai kek miliknya yang diberi nama "De'Armor Bakery".Dia membawa dua bungkusan cupcakes untuk dihantar ke rumah pelanggan.Kereta MYVI hadiah daripada arwah ayahnya dipandu menuju ke alamat yang ditulis pada resit pesanan.Semasa dalam perjalanan fikirannya melayang mengingati peristiwa yang menjengkelkan yang telah berlaku pada awal pagi itu sebelum dia sampai ke tempat kerjanya.Pada pagi itu, dia hampir sahaja menghentam sebuah kereta sport berwarna biru firus yang berhenti secara mengejut.Sesungguhnya dia tidak menyangka sama sekali bahawa insiden tersebut boleh berubah menjadi satu pertengkaran.
       Kini,Farliana tiba di hadapan sebuah banglo dua tingkat yang tersergam indah.Farliana keluar dari keretanya lalu mendekati pintu pagar utama banglo tersebut.Loceng ditekan beberapa kali.Farliana menantikan kedatangan tuan rumahdengan sabar.Tiba-tiba seorang pemuda datang membuka pintu pagar.Farliana melan liur.Matanya terbuntang luas.Begitu juga pemuda tersebut."Awak??" Serentak mereka bersuara."Apa awak buat dekat sini?" Soal Farliana.Ternyata pemuda tersebut ialah lelaki yang telah menyebabkan hampir berlakunya kemalangan pada awal pagi itu. "Patutnya saya yang tanya awak.Apa yang awak buat dekat sini?" Pemuda tersebut memandang sinis diri Farliana.Baru sahaja Farliana hendak membalas, keluar pula seorang lagi pemuda...

Thursday, 13 June 2013

My New Blog ^_^

       Hye.. My name is MiszzLurveCharms..Ini blog baru saya..Hope sesiapa yang terbaca blog ni dapat support saya sebagai seorang blogger yang baru nak biasakan diri dalam dunia blogger..Saya amat mengharapkan support datipada korang.. #peace no war ^_^