Songs

Tuesday, 9 December 2014

Kisah hati

   Kisah Hati 1
Nasha terus berjalan mengambil angin pantai yang begitu mengasyikkan. 'Apakah masih ada cinta untukku?' Desis hatinya. Deruan ombak menyapa tepian pantai tersebut. Di pantai inilah dia menyepikan diri tatkala hatinya bersedih kerana pujaan hatinya meninggalkan dirinya kerana akan bertunang dengan bekas kekasihnya pada hujung Disember ini.. 
   Dia tidak pernah menyangka bahawa dia akan jatuh cinta pada pemuda yang serba sederhana.. Walau bagaimanapun perasaan itu harus terhapus dengan apa cara sekalipun.. Ya! Dia harus move on!
Continued....

Saturday, 23 August 2014

DIA

Ramai yang kata aku dah berubah. Berubah apabila aku menyedari perasaanku terhadapnya. Gilakah aku? Menjadi seorang pencinta setia sedangkan aku tidak pasti tentang perasaannya. Seringkali dia mengungkap cinta. Dan seringkali juga dia seolah -olah bergurau tentang itu.Kadang kala aku terfikir. Bagaimana aku boleh mencintai seseorang yang pernah aku benci. Gilakah aku? Hanya dia yang mampu membuatku berhenti memandang taraf dan standard seseorang. Dia mengajarku agar tidak membenci atau marah pada orang yang melukakan aku. Jadi , salahkah aku mencintainya?

Friday, 17 January 2014

Hati aku yang kau lukai

     

     ~Apa rasanya bila seseorang yang kita sayang melukai hati kita?? Apakah kita akan terus membiarkan dia melukakan hati kita? Rasa sayang yang disemai setelah sekian lama kini dipunahkan oleh si dia. Perlukah kita memberi kemaafan kepadanya? Haruskah kita redha dengan apa yang telah terjadi? Mungkin itu yang terbaik. Mungkin awak boleh diberi sejuta kemaafan. Tapi jangan harap awak akan mendapat kembali cinta yang telah dipermainkan. Mungkin cinta awak sebelum ini ikhlas. Tapi sekali awak melukai hati saya, cinta awak saya anggap hanya satu permainan. Apabila saya hampir berjaya lupakan awak, awak kembali muncul dengan kekasih baru awak. Membuatkan luka di hati kembali berdarah. Adakah awak tahu betapa sensitifnya hati saya? Hati saya terlalu lembut dan mudah terluka. Jadi, selepas apa yang terjadi sehingga hari ini, berkemungkinan hati saya akan berubah. Berubah menjadi keras. Jadi, jangan suatu hari nanti awak bertanya kenapa saya tidak dapat menerima sesiapa. Ini semua kerana awak sendiri.