Songs

Sunday, 20 November 2016

Rasa

Mungkin kedengaran seperti aku bersikap kejam.
Kejam apabila mengharapkan dia berasa perit apabila ditinggalkan yang tersayang.
Namun apa yang ku harapkan itu adalah untuk dia sedar kesakitan yang insan lain rasai apabila dia bersikap sama.
Mungkin aku kelihatan seperti masih berharap.
Terus terang ku katakan, tidak semudah itu untuk melupakan.
Tetapi rasa itu sudah mati.
Lenyap ketika ku sedar diri hanya dipermain.
Aku berlagak tenang. Tersenyum pada yang sekeliling,
Namun, jauh di pelusuk hati yang paling dalam, tiada siapa yang memahami..
Biarlah aku berkata-kata di dalam dunia ku sendiri.
Agar aku lebih tenang mempersiapkan diri.

Monday, 10 October 2016

Luahan

Kau tak pernah mencuba mengenali.
Yang kau tahu, 
hanya datang dan pergi.
Datang membawa cinta dan akhirnya pergi dengan meninggalkan luka yang engkau tidak tahu bagaimana perihnya rasa akibat terluka.

Kau bereaksi seolah-olah tiada apa yang terjadi.
Seolah-olah itu cuma mimpi.
Sedangkan yang memulakan mimpi itu adalah dirimu sendiri.
Membawa insan lain ke dalam mimpimu dan akhirnya kau hapuskan mimpi itu begitu sahaja.

Mungkin aku akan kedengaran kejam jika aku mendoakan hal yang sama terjadi pada dirimu.
Tetapi ini mungkin yan terbaik agar kau tahu bagaimana rasa sakit itu.
Jujur aku lelah.
Lelah berpura-pura di hadapan semua orang menunjukkan aku gembira.
Sedangkan saat sendiri aku hanya mampu menangis. 
Membuang rasa perih yang bersarang di hati. 

Monday, 19 September 2016

Sepasang Sayap

Berikan aku sepasang sayap agar ku bisa terbang bebas.
Berikan aku sepasang sayap agar ku bisa menjelajah langit biru.
Berikan aku sepasang sayap agar aku dapat melihat betapa kerdilnya dunia ini dari atas.
Dengan sepasang sayap itu, izinkan aku untuk terbang menembus terus ke hati mu.. agar aku dapat mengetahui apa sebenarnya yang kau mahu..
Mencintaimu bukan suatu kesilapan. 
Untuk membencimu hanyalah sebuah kehancuran....

Saturday, 17 September 2016

THE CHANCE

Aku sering bertanya..
Apakah peluang itu masih ada?
Apakah aku masih layak mendapat peluang itu?
Jika seribu pengorbanan diperlukan, aku rela..
Hanya itu impian dicita..
Tak pernah berpaling walau sedikit..
In shaa Allah..
DIA yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Thursday, 15 September 2016

Hujan

Ku lihat langit hari ini
Mendung dek awan kelabu yang menghalang terangnya sinar mentari.
Awan kelabu yang berat..
Membawa kumpulan titisan air yang akan dilepaskan ke bumi bila tiba saatnya..
Dan bila tiba saat itu, air hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi.
Ketika itu lah aku melangkah.. 
Berjalan di bawah derasnya titisan hujan..
Sambil ku biarkan mutiara jernih turut sama meluncur pergi jatuh ke bumi..
Kerana saat itu ku tahu tiada siapa yang mengetahui..
Ku berjalan sambil menikmati indahnya irama. 
Indahnya mendengar bunyi titisan hujan yang turun ibarat melodi.
Seolah-olah aku mendengar alat muzik yang sedang dimainkan dengan penuh irama..
Membiarkan diri ku leka di bawah deras hujan yang mungkin seketika.
Kerana ku tahu..
Pelangi itu bakal tiba!

Saturday, 10 September 2016

BENAR

Benar aku lemah.
Benar aku pengecut.
Benar aku cengeng.
Benar aku menjengkelkan.
Tapi aku sedang berusaha..
Berusaha untuk menjadi seorang yang
Lebih kuat
Lebih berani
Lebih cekal
Lebih menyenangkan..
Agar aku diterima dengan seikhlas atas siapa aku seadanya....
Berikan aku peluang untuk membuktikan kebolehan diri aku yang sebenar.
Sokonglah diriku. Bukan malah merendahkan..
Agar aku lebih teguh menghadapi ujian di atas muka bumi ini...

Move On

Bila aku rebah aku cuba untuk bangkit.
Meski ku tahu betapa sulit semua itu.
Disaat aku rebah aku bermohon agar ada yang mendampingi.
Bukan untuk mencaci tetapi untuk menasihati.
Bukan untuk menghina tetapi untuk membina.
Semangat yang hampir luntur kerana kegagalan.
Berputus asa bukanlah pilihan yag tepat.
Kerana ku tahu itu hanya untuk insan-insan yang tidak bersemangat....
Teruslah melangkah agar tidak terus ketinggalan......

Friday, 9 September 2016

Seutas kata2

Aku berjalan di pesisir pantai
Menikmati dingin bayu pantai yang menyapa lembut di wajah
Menikmati bunyi deruan ombak yang terus-terusan membadai pesisir pantai
Ku perhatikan bebola merah yang mulai bersembunyi di sebalik gunung nan hijau
Ku perhatikan sekumpulan burung yang mengibarkan sayap berterbangan 
Mungkin untuk pulang ke sarang
Aku hanya mampu tersenyum
Mengucapkan syukur kepada Ilahi
Atas nikmat yang dikurniakan ini
Semoga nikmat yang dikurniakan ini dijaga dengan sepenuh hati
oleh semua insan di atas muka bumi ini...