~Apa rasanya bila seseorang yang kita sayang melukai hati kita?? Apakah kita akan terus membiarkan dia melukakan hati kita? Rasa sayang yang disemai setelah sekian lama kini dipunahkan oleh si dia. Perlukah kita memberi kemaafan kepadanya? Haruskah kita redha dengan apa yang telah terjadi? Mungkin itu yang terbaik. Mungkin awak boleh diberi sejuta kemaafan. Tapi jangan harap awak akan mendapat kembali cinta yang telah dipermainkan. Mungkin cinta awak sebelum ini ikhlas. Tapi sekali awak melukai hati saya, cinta awak saya anggap hanya satu permainan. Apabila saya hampir berjaya lupakan awak, awak kembali muncul dengan kekasih baru awak. Membuatkan luka di hati kembali berdarah. Adakah awak tahu betapa sensitifnya hati saya? Hati saya terlalu lembut dan mudah terluka. Jadi, selepas apa yang terjadi sehingga hari ini, berkemungkinan hati saya akan berubah. Berubah menjadi keras. Jadi, jangan suatu hari nanti awak bertanya kenapa saya tidak dapat menerima sesiapa. Ini semua kerana awak sendiri.
Songs
Friday, 17 January 2014
Hati aku yang kau lukai

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment